BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Lagi Ramai Lagi Baik...

Monday, August 8, 2011

mASAlaH RM200 PROFEssIONAL COURSE~~

cak..samekom..haha..ni ak sje nk tulis kt sni..tade bende nk wat…so korang bce la lau rajen..haha

 

yuran

camne??sikit kan??aha..jgn tertipu…y ni ta temasok ngn yuran hostel..yeah..HOSTEL..ilang tah kemane…aku pnn tatau…kot ye pn marah ak tkar kolej takanlah smpai nk kondem…hahah…tape2..ak cume nk tnjukkan pasal

UTM PROFESSIONAL COURSE

je…sblom ni tade..tau2 nek sem ni bleh plk muncul…ha.ak tau korang sume dah update sal mende ni tp ak nk gtau gak..haha..ha..ni adelah sbbnye npe ad mende nie..nk bce2 tanak bce ttp…

 

Wan Frâny Muhtaddin Masbak
<KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011>
Salam dan salam sejahtera, berhubung dengan isu yang hangat
diperkatakan, iaitu yuran naik sebanyak RM200, salah satu sektor yang
perlu dibayar oleh para pelajar (samada tahun 1, 2, 3, 4 dan 5), iaitu
Professional Course. Para pelajar boleh melihat slip pembayaran untuk
semester hadapan di AIMSWEB UTM untuk mengetahui sektor-sektor
pembayaran yang lain.
Professional Course adalah juga dikenali dengan nama Profesional
Skills Certificate (tetapi ditulis sebagai Profesional Course dalam slip
yuran). Ia merupakan satu kursus yang baru yang bertujuan untuk
membantu meningkatkan "marketability" para pelajar UTM. Dalam
kursus ini, terdapat 5 komponen yang terlibat, (sebahagiannya adalah
komponen yang lama, dan sebahagiannya komponen yang baru), iaitu:
i. English Skills (TECS);
ii. Financial Management;
iii. ISO (International Organization for Standardization);
iv. OSHA (Occupational Safety and Health Administration); dan
v. How To Get Yourself Employed.
Komponen-komponen ini termasuklah komponen-komponen lama
seperti TECS, dan Degree ++, dan juga komponen baru seperti ISO.
Adalah difahamkan, bahawa kesemua komponen ini adalah WAJIB
dihadiri oleh semua pelajar dan merupakan syarat wajib untuk
menamatkan pengajian di UTM. Keterangan lanjut mengenai isu ini
akan dibawa oleh TNCA dalam masa terdekat sebaik sahaja para pelajar
memasuki semseter baru, mengikut tahun ataupun fakulti.
Harus diingatkan bahawa, walaupun makluman mengenai perkara ini
sampai agak lambat ke pengetahuan para pelajar, namun janganlah kita
terus melenting dan menyalahkan pihak universiti dan juga MPM
(kerana dituduh tidak mampu berbuat apa-apa) dan seterusnya terus
menghantar mesej ke Kementerian dan sebagainya,kerana, percayalah,
sebarang usaha kita untuk memburukkan universiti tanpa memikirkan
akibatnya, akhirnya kita juga yang mendapat malu.
Mengenai isu pembayaran yuran LI, sebenarnya, tiada peningkatan
mengenai pembayaran yuran tersebut berbanding smester
sebelumnya, cuma yuran semester hadapan meningkat dari yang
sebelumnya kerana pelajar perlu membayar yuran Professional Course
ini. Mengenai mengapa yuran LI mahal mengikut jumlah kredit,
perkara ini telah saya terangkan sebelum ini dalam kenyataan
berhubung isu TECS. Perkhidmatan di UTM (seperti pusat
kecemerlangan dan PSZ) masih dibuka seperti biasa. Jadi kos
pengurusan perlu dicaj sepanjang semester pendek itu.
Mengenai isu yuran kediaman pelajar antarabangsa naik mendadak,
sebenarnya, kerajaan telah menarik subsidi bagi pelajar antarabangsa
dan pelajar antarabangsa perlu membayar keseluruhan kos pengajian
mereka sendiri tanpa menikmati subsidi dari Kerajaan Malaysia seperti
sebelumnya.
Sekian, diharapkan agar para pelajar berpuas hati mengenai isu ini. Sila
maklumkan kepada yang lain.
Wan Frâny Muhtaddin Masbak,
Setiausaha Agung,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia sesi 2010/2011

 

SUMBER DARI MPM UTM……

 

pnjang an??aku tau sbb tu r ak ckp nk bce2 tanak bce ttp..hahah…

 

p/s : suke??share ngn like…jgn lupe klik kt nang ea…tq2~!!

4 comments :

Miera Aziz said...

Alaaaa. Naik RM200 je pun! Hahaha. Chill sudaa :P

ijatkomeng said...

miera: ko len miera...ko tu JPA...lg uitm mne yuran melambong..untunglah kaye..ngn aku pt ta ckop...aha

Suhana Samsudin said...

tahun depan ada chance kuruslah camni..kena jimat2..yuran UTM dah sedia mahal..naik rm200 terasa sangat mahalnya. :(

ijatkomeng said...

suhana:aha...kan??tau tape..mmg mahal...dehh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...