BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Lagi Ramai Lagi Baik...

Monday, July 4, 2016

Aku Pendosa Dan Ingin Bertaubat

-----------------------------------------------
Aku Pendosa dan Ingin Bertaubat
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------

Usai sudah solat asar, ketika ingin keluar dari masjid kelihatan seorang pemuda duduk termenung sambil matanya berkaca.

Seorang lelaki tua menghampiri pemuda itu

"Assalamualaikum nak., ucap lelaki tua itu" namun tidak dibalas sepertinya pemuda tersebut berada dalam dunianya sendiri. Dengan keadaan rambut yang tak terurus dengan mata yang membengkak seperti bru lepas menangis dia masih lagi termenung.

Orang tua itu menyentuh bahu pemuda tersebut menyebabkn dia terkejut dan terpinga-pinga.

"Assalamualaikum nak, kenapa termenung ni?" Ucap lelaki tua itu dengan senyuman.

Secara tiba2 pemuda tersebut menangis semahu-semahunya seperti anak kecil mungkin telah melakukan dosa..

"Saya telah melakukan dosa aji" smbil merintih dia memberitahu lelaki tua tersebut. banyak kali dia berkata demikian.

"nama anak siapa dan apa dosa yang telah anak lakukan? Kalau tak keberatan boleh aji tau?" Tanya lelaki tua tersebut kerana terlalu kasihan dengan pemuda tersebut.

Sambil teresak-esak dia menceritakan segala-galanya.

"saya naufal aji..saya telah melakukan dosa terhadap ibu saya ji" "masa saya dah berjaya saya lupa kepada ibu saya. Saya sering melawan cakap ibu dan sering sibuk dengan kerjaya sy. Macam2 alasan saya beri untuk mengelak dari berjumpa ibu sy..pernah saya herdik dan saya buat macam2 kepada ibu saya." beritahu lelaki tersebut dan kembali merintih kesalahannya itu.

"Astaghfirullah" "ibu naufal ada dimana?naufal tak balik jenguk ibu?" Tanya lelaki tua tersebut.

"Dah 10 tahun saya tak balik aji" hanya bercakap di telefon itupun lebih kepada herdik dan marah seolah2 ibu hanya mahu duit saya sahaja" "saya menyesal aji saya menyesal!"

"Terlalu besar dosa saya pada ibu" "saya takut aji" "saya takut untuk memohon ampun dari ibu"

Sambil tersenyum, "nak, setiap kesalahan pasti akan dimaafkn andai kita menyesal akan kesalahan kita dan memohon keampunan. Buang semua ego kita dan mohon ampun dari ibu"

"In shaa Allah ibu naufal akan maafkn naufal..tapi naufal jangan main2 mintak maaf. Mesti betul-betul menyesal dan janji tidak akan ulangi lagi kesalahan naufal"

sambil mengesat air mata, "baiklah aji, saya akan buat"

.
.
.
.
Setibanya dirumah, kelihatan wanita uzur sedang duduk di atas tangga seperti menunggu kepulangan anak. Naufal terus berlari mendapatkn ibunya sambil sujud mencium kaki ibunya sambil merintih memohon ampun kepada ibunya.

"Mak, ufal mintak maaf mak. Ufal mintak maaf mak" "banyak sangat dosa ufal kat mak, ufal salah mak, ufal dosa kat mak" tidak lepas pelukan dan sujuk dr kaki ibunya.

perlahan-lahan dengan kudrat yang ada ibunya angkat anaknya sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, kau pulang gak kerumah. Apa kabar nak?" Seperti tiada apa-apa yang berlaku ibunya tetap memberikan senyuman yang paling ikhlas kepada anaknya yang tercinta.

Penantian selama 10 tahun menunggu kepulangan anaknya akhirnya sampai.

"Mak sentiasa maafkn ufal, mak faham ufal sibuk, mak minta maaf sebab ganggu ufal" "Alhamdulillah akhirnya Allah kabulkan juga doa mak untuk bertemu dengan kau semula nak" kata ibunya sambil memeluk naufal.

Seperti beban dan dosa yang selama ini dipikul gugur semuanya, Naufal tertidur dalam dakapn ibunya. Ibunya tetap membelai anaknya dengan penuh kasih sayang dan mengucapkn syukur meskipun anaknya sering mengherdik dirinya.

Inilah nilai yang ada pada seorang ibu yang tidak ada pada orang lain. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi menyebabkn ibu dapat memaafkan anaknya.

Namun jangan mengambil mudah dengan hanya mengucapkn kata maaf tapi mengulangi kesalahan itu. Pulanglah menjenguk ibu bapa dan berilah kebahagiaan kepada mereka kerana syurga dibawah tapak kaki mereka.

Al-fatihah kepada mereka yang sudah pergi dan doakanlah agar kita sama2 dapat membahagiakan kedua ibu dan bapa kita.

Wassalam.
Aku Pendosa dan Ingin Bertaubat.

#salamramadhan #nukilanpagi

Thursday, February 25, 2016

Kerja dan Kerjaya




Assalamualaikum..hai semua..abam kembali lg,,,wahhh..kejap ada kejap tak ada dah macam biskut dah..biasalah..sedangkan air pn ada pasang surut inikan plak aku.. :) nak buat macam mana tak ada idea nk celoteh..ni ada la sikit.......

KERJA 
bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap.

KERJAYA
 bermaksud kerja yang disukai, diminati dan dibuat sepenuh hati tanpa paksaan. Amat sesuai bagi individu yang berpandangan jauh dan bervisi. Mempunyai peluang luas dalam aspek peningkatan diri ke arah lebih profesional, berdaya maju dan mampu memberi hasil pulangan yang lumayan. Masa kerjanya 24 jam sehari namun bebas, santai dan tidak mengekang dan tidak pula mengkesampingkan disiplin diri bagi tujuan mengemudi hala tuju yang teratur dan lancar.
credit kat mr google


Dah kenapa pulak cerita pasal ni kan..haha..sje nk buat entry punya pasal..jadiklah dari takde kan. Alhamdulillah aku skrg dah ad kerjaya y tetap dalam sesebuah syarikat di Johor. Yes mula2 memang rasa kekok nak kerja. Mana taknya tak penah2 kerja tros kne keje kt syarikat y beso dan berjaya (puji lebih dapat naik gaji tak?^^) Pejam celik pejam celik dah dekat 2 tahun gak la kerja. Aku pelik macam mana org boleh stay kt satu2 syarikat ni lama2..lme2 aku sedor gak ada sebab nak stay kat tmpt kita kerja..semuanya sebab environment , rakan seperjabat dan kerja yang diberi. 

Perkembangan kerjaya
adalah satu proses yang formal, tersusun serta suatu usaha yang dirancang untuk mencapai keseimbangan antara keperluan kerjaya dan kehendak tenaga kerja. Ia juga merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam suatu organisasi untuk masa kini dan masa datang.

Dalam pemilihan kerjaya , Ginzberg menyatakan tentang 3 teori yang menggerakkan seseorang ke arah kerjaya yang menjadi pilihan sama ada kekal atau sementara dalam hidupnya. 

a) Accidential theory – di mana individu secara tidak sengaja atau sengaja menceburi kerjaya tersebut akibat dari sesuatu peristiwa, desakan, pengaruh atau kebetulan.

b) Impulse theory – atas rasa hati atau emosi terhadap kerjaya yang dilihat, dibaca, diselidik atau dialami oleh individu lain yang signifikan dengannya.

c) Bimbingan vokasional – hasil dari maklumat-maklumat kerjaya dari bahan-bahan sebaran, baucer, handouts dan lain-lain atau kaunselor kaunseling kerjaya.
(Sumber Facebook)


Desakan, pengaruh dan emosi...semuanya ada mse aku kerja..tak kerja maksudnya takde duit kan..tp semuanya tak semestinya duit..duit akan datang tp pengalaman tu yang penting..boleh naikkan kita..tp papepon nk kerja mstilah ikhlas..tipulah kalau takde hasat dengki dgn kita..tp buat dunno sudah..watlek watpeace katenye..

Jadi, bagi spe2 y nak kerja pilih kerja tu..boleh pilih tp janganlah terlalu memilih sampai berlama-lama menganggur..t y susah diri sendiri gak kan..tak gituu??

dah tu je kot entry kali ni..nanti kang lain taon abam sambung lg...Assalamualikum ^^.....

P/s : follow IG abam laju-laju untuk dapatkan minyak wangi power >>>>> https://www.instagram.com/perfume.power/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...